KOTA BAITULMAQDIS, 12 Julai 2020 — Tentera Zionis menyerang dan mencederakan lapan penduduk Palestin, termasuk seorang wanita hamil, dalam serbuan ke atas kejiranan al-Issawiya di kota Baitulmaqdis Timur.
Laporan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menyebut pasukan tentera menyerbu al-Issawiya sambil melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata, menyebabkan lapan penduduk cedera dan sesak nafas, termasuk seorang wanita hamil.
Serbuan ke atas al-Issawiya bertujuan untuk menekan penduduk Palestin keluar meninggalkan kota suci itu.
(PalestinChronicle)