8 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat dan al-Quds

AL-KHALIL, 19 Apr 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menculik lapan penduduk Palestin dari Tebing Barat dan al-Quds atas alasan terlibat dalam “aktiviti mengganggu ketenteraman awam.”

Tentera menculik Mustafa Abidu dari kota al-Khalil dan Qusai Abu Hashim, 17, dan Mu’ayyad Abu Maria, 17, dari perkampungan Beit Ummar di al-Khalil.

Di al-Quds, tentera Zionis menculik Khalil Dandan dan Maher Afana dari perkampungan Abu Dis dan Tawfiq Afana dari bandar Malha.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts