8 penduduk Palestin diculik

RAMALLAH, 4 Jun 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menculik lapan penduduk Palestin dalam operasi di kota al-Quds dan beberapa wilayah Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Tentera dilaporkan menyerbu bandar Silwan di al-Quds dan menculik tiga pemuda dari rumah mereka. Dua lagi pemuda diculik setelah tentera menyerang masuk kem pelarian al-Ariub di wilayah al-Khalil. Manakala seorang penduduk Jenin ditangkap di sebuah sekatan sementara tentera di sebatang jalan menuju ke kota Tulkarem.

Di Ramallah, dua orang diculik di bandar Beitin.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts