AL-KHALIL, 28 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis menangkap enam orang pemuda dan dua wanita di al-Khalil dan Lembah Jordan petang tadi.

Dalam kejadian di al-Khalil, segerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Beit Hagai dan Mitzpe Yair menyerang penduduk Palestin yang sedang bekerja di kebun mereka di Khirbit Um Hmeita, dengan dilindungi oleh pasukan tentera Zionis.

Ramai penduduk yang cedera dan luka, sementara empat orang ditangkap. Mangsa-mangsa yang ditangkap adalah ibu kepada lima orang anak Hanan Harizat, 37, Karam Ali Hreizat, 20, Saleh Ahmad Hreizat, 18, dan Ali Mahmoud Hreizat, 20.

Seorang lagi wanita Aziza Salem Hreizat, 45, ditangkap bersama pengawal sekolah Emad Rashid ditangkap selama beberapa jam sebelum dibebaskan semula, atas tuduhan membuat rakaman serangan pendatang Yahudi tanpa kebenaran.

Sementara itu dua beradik ditangkap ketika sedang menggembala lembu di kawasan ragut as-Sakout di Lembah Jordan.

(Sumber: PIC, IMEMC)

SHARE