BAITULMAQDIS, 1 Apr 2019 — Pasukan polis Zionis mengiringi 80 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Seramai 38 anggota polis dan perisikan Zionis serta pemandu pelancong Yahudi turut menyertai gerombolan tersebut.

Sementara itu, polis Zionis menangkap murabitin (penjaga) masjid, Mahmooud Najeeb, selepas beliau membuka pagar masuk ke dewan solat Bab al-Rahmah.

Semalam, polis Zionis menangkap murabitin Wisam al-Hasheem selepas beliau membuka Bab al-Rahmah. Lebih 20 murabitun dan 150 ahli jemaah al-Aqsa telah ditangkap oleh polis Zionis sejak Bab al-Rahma dibuka semula bulan Februari lalu, setelah ditutup selama 16 tahun.

(PIC)

SHARE