8,000 penduduk Palestin ditangkap sejak tercetusnya Intifadah al-Quds

RAMALLAH, 28 Sep 2016 (PIC) — Pusat Kajian Tahanan Palestin mendedahkan bahawa seramai 8,000 penduduk Palestin termasuk 2,155 kanak-kanak, 270 wanita dan 250 aktivis media sosial ditangkap oleh tentera Zionis sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada awal Oktober 2015.

Sebanyak 1,773 arahan tahanan pentadbiran dikeluarkan, di mana penduduk Palestin ditahan tanpa sebarang bukti, pendawaan mahupun pengadilan.

Seramai 40 kanak-kanak perempuan turut menjadi mangsa tangkapan, di samping empat orang Ahli Parlimen Palestin.

Menurut kenyataan pusat tersebut lagi, sepanjang tempoh tersebut 110 orang lelaki Palestin yang berumur lebih 60 tahun, 23 orang ahli akademik, 190 orang kurang upaya dan 79 junalis ditangkap.

Kebanyakan tahanan didera dan dilayan dengan buruk ketika dalam tahanan.

Dua orang tahanan meninggal dunia dalam penjara kerana tidak diberikan rawatan secara sengaja.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts