82 pendatang Yahudi dan anggota polis Zionis ceroboh Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 28 Mei 2018 — Gerombolan besar polis Zionis mengiringi 52 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi.

Mereka kemudian berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu, sambil melakukan ritual Talmud sebelum beredar keluar melalui Pintu al-Silsila.

Sementara itu seramai 30 anggota polis Ziois turut menceroboh masuk dalam sesi rondaan di sebelah pagi.

Polis Zionis membenarkan pendatang Yahudi menceroboh masuk setiap hari, kecuali Jumaat dan Sabtu, sekalipun di bulan Ramadan.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts