8,345 pembinaan rumah penempatan haram telah diluluskan – rekod tertinggi sejak 1992

NAZARETH, 12 Jun 2017 (PIC) — Menteri Perang Zionis, Avigdor Lieberman, berkata dalam mesyuarat kabinet semalam bahawa rancangan untuk membina 3,651 buah rumah penempatan haram Yahudi di Tebing Barat telah diluluskan minggu lalu, sekaligus mencatatkan jumlah pembinaan rumah yang diluluskan sepanjang enam bulan pertama tahun 2017 sebagai paling tinggi sejak tahun 1992.

Menurut Lieberman yang juga seorang pendatang Yahudi, sebanyak 671 buah rumah yang telah diluluskan pada 6 dan 7 Jun lalu akan dibina segera.

Sejak 1 Januari, rejim Zionis meluluskan pembinaan sebanyak 8,345 rumah untuk pendatang Yahudi termasuk 3,066 buah yang akan dibina segera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts