84 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 31 Jan 2019 — Gerombolan 84 pendatang termasuk pegawai polis Zionis berpakaian preman dan pelajar agama Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui pintu al-Maghareba pagi tadi.

Para penceroboh dipimpin oleh beberapa orang rabai, berarak di tapak suci sambil mendengar syarahan tentang Kuil Haikal. Mereka turut melakukan ritual Talmud berdekatan Pintu al-Rahma.

Tapak suci umat Islam itu diceroboh masuk oleh pendatang Yahudi hampir setiap hari, kecuali Jumaat dan Sabtu. Polis Zionis menutup Pintu al-Maghareba pada jam 10:30 pagi setelah para penceroboh masuk di sesi pagi, sementara dibuka semula selepas solat Zuhur untuk sesi kedua.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts