86 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 19 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis memberi perlindungan kepada 86 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah hari ini.

Pada masa yang sama, pasukan polis Zionis mengekang penduduk Islam daripada memasuki tapak suci itu.

Dalam perkembangan berkaitan, pengarah Masjid al-Aqsa Omar al-Kaswani menyatakan bahawa pencerobohan pendatang Yahudi dengan dipimpin oleh ketua-ketua agama mereka semakin meningkat sejak beberapa hari kebelakangan.

Selain menceroboh secara provokasi, mereka juga mengadakan syarahan tentang kuil Yahudi, melakukan ritual Talmud, serta melaungkan slogan-slogan perkauman di atas tapak suci umat Islam itu.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts