BAITULMAQDIS, 14 Mac 2018 — Pasukan khas polis Zionis mengiringi gerombolan 86 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah pagi tadi.

Polis Zionis menutup pintu tersebut pada jam 10:30 pagi setelah mereka masuk dan berarak secara provokatif, sambil mendengar syarahan tentang Kuil Yahudi di atas tapak suci umat Islam itu.

Pendatang Yahudi mencemari perkarangan Masjid al-Aqsa hampir setiap hari, dalam usaha membahagikan tapak suci di antara Yahudi dan umat Islam mengikut masa dan kawasan tertentu.

(PIC, Alray)

SHARE