89% Tanah Al-Quds Telah Dirampas Zionis

qudsAL-QUDS, 8 Feb 2015 (Palinfo) — Ketua Pusat Antarabangsa al-Quds, Dr Hassan Khater, menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan penduduk Yahudi di al-Quds Timur berbanding dengan penduduk asal Palestin.

Menurut kenyataan beliau hari ini, sebelum 1967, 100% penduduk kota suci itu adalah rakyat Palestin dan tidak ada seorang Yahudi sekalipun menetap di situ. Bagaimanapun, 50% daripada penduduknya hari ini adalah dari kalangan Yahudi.

Penjajah Zionis kini telah berjaya merampas 89% daripada tanah di al-Quds, dengan hanya 11% masih menjadi hak pemilik asalnya. Menurut Dr Hassan, peningkatan mendadak dalam usaha yahudisasi ke atas kota al-Quds sehingga kini tidak mendapat bantahan atau penentangan yang sewajarnya daripada bangsa Arab dan umat Islam.

Beliau mendesak supaya negara Arab dan Islam mengambil pendirian yang lebih berkesan dalam memberi dukungan dan mempertahankan kesucian kota umat Islam itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts