9 jemaah al-Aqsa cedera diserang polis Zionis

AL-QUDS, 16 Julai 2017 (PIC) — Sekurang-kurangnya sembilan ahli jemaah cedera diserang oleh pasukan polis Zionis ketika mendirikan solat Isyak di hadapan Pintu al-Asbat di luar masjid al-Aqsa malam tadi.

Laporan Bulan Sabit Merah Palestin menyebut bahawa mereka merawat sembilan orang mangsa dalam kejadian tersebut, dan sekurang-kurangnya 17 yang lain telah dirawat sepanjang hari ini.

Ratusan ahli jemaah mendirikan solat Isyak di hadapan Pintu al-Asbat kerana mereka enggan memasuki masjid melalui alat pengesan logam yang dipasang oleh polis Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts