9 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

RAMALLAH, 5 Ogos 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya sembilan penduduk Palestin dari beberapa wilayah di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Dua orang pemuda diculik dari bandar Kobar di utara Ramallah, sementara tiga yang lain diculik dari bandar Nahalin dan kem pelarian Izza di Beit Lahm.

Tentera Zionis turut menyerbu bandar Umm Saffa di utara Ramallah, menculik empat pemuda dari rumah-rumah mereka. Seorang pemuda cedera ditembak dalam pertempuran di bandar tersebut.

Mereka turut merampas wang tunai milik penduduk Palestin dalam operasi di wilayah al-Khalil.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts