9 Penduduk Tebing Barat Dan Al-Quds Diculik

BEIT LAHM, 12 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis menculik sembilan orang dalam kempen memburu penduduk Palestin di beberapa kawasan Tebing Barat dan al-Quds awal pagi tadi.

Seramai lima pemuda diculik dari kem pelarian Deheisheh di Beit Lahm, di mana pasukan keselamatan Zionis memasuki kem dengan menaiki kenderaan awam Palestin dan menangkap mangsa-mangsa dari rumah mereka. Salah seorang mangsa adalah Wa’el Salem, 37, seorang bekas tahanan dan wakil Barisan Pembebasan Palstin (PFLP) di Beit Lahm.

Pasukan tentera tambahan segera menyerbu kem tersebut untuk memecah masuk lebih banyak rumah. Rumah keluarga Akaram al-Attrash, seroang penduduk yang masih cedera, dipecah masuk ubat kali ketiga. Tentera mengugut untuk membunuh beliau sekiranya tidak menyerah diri.

Beberapa pemuda bertempur dengan pasukan tentera dengan membaling bom Molotov, botol dan batu. Mereka diserang oleh tentera Zionis segan tembakan bom pelali dan grenad pemedih mata.

Sementara itu dua pemuda, Walid Nawawreh dan Muhanad al-Badan, diculik dalam oleh tentera di kota Beit Lahm dan bandar Taqua.

Di al-Quds, tentera Zionis menyerbu bandar-bandar Rummanah, Zububa, Kafr Dan dan Ti’inik untuk memecah masuk rumah dan menyoal siasat penduduk. Beberapa orang diarah serah diri untuk disoal siasat oleh pasukan perisikan Shin Bet.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts