900 penduduk Gaza masih memerlukan rawatan akibat serangan dua tahun lalu

GAZA, 7 Julai 2016 (Maan) — Pada hari ulangtahun kedua serangan brutal tentera Zionis ke atas penduduk Gaza, seramai lebih 900 orang masih lagi memerlukan rawatan akibat kecederaan yang mereka tanggung dalam serangan selama 51 hari tersebut.

Di Hospital as-Shifa sahaja, seramai 3,839 pesakit berdaftar masih menunggu giliran untuk menjalani pembedahan, di mana lebih separuh daripadanya melibatkan pembedahan utama. Temujanji untuk menjalani pembedahan telah dijadualkan sehingga ke tahun 2018.

Menurut UNRWA, senarai menunggu yang begitu panjang membuatkan sebahagian pesakit kecewa dan terpaksa menanggung sakit serta berhadapan dengan risiko penyakit lain akibat penangguhan rawatan.

Sejumlah 11,200 penduduk Palestin termasuk 3,800 kanak-kanak cedera dalam serangan yang bermula pada 8 Julai itu. Sekurang-kurangnya 1,462 orang terkorban di mana satu per tiga daripadanya adalah kanak-kanak.

WHO menganggarkan sekitar 35,000 orang, iaitu 20% daripada jumlah penduduk Gaza,memerlukan sokongan kesihatan mental akibat serangan tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts