GAZA, 1 Okt 2018 — Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan seramai 93 penduduk Palesin tercedera, di mana 37 daripada mereka ditembak dengan peluru hidup, ketika menyertai perhimpunan aman di kawasan pantai berdekatan sempadan utara Gaza.

Dalam perhimpunan bersempena Freedom Flotilla ke-10 itu, bot-bot Palestin meninggalkan pelabuhan Gaza menuju ke kawasan perairan yang dikawal oleh rejim Zionis. Ia adalah sebahagian daripada kempen Great Return March (GRM) yang bertujuan untuk mendesak dihentikan sekatan ke atas Gaza yang berterusan sejak 12 tahun lalu.

(PIC, Maan, IMEMC)

SHARE