BAITULMAQDIS, 29 Jan 2018 — Pasukan polis Zionis menangkap seorang pemuda Palestin di perkarangan Masjid al-Aqsa, atas tuduhan melaungkan takbir ketika gerombolan pelampau Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu pagi tadi.

Seramai 35 pendatang dan 59 pelajar agama Yahudi menceroboh masuk tapak suci itu dengan berarak secara provokatif, dengan diiring oleh pasukan polis Zionis.

Para jemaah dan pelajar yang berada di perkarangan masjid mula melaungkan takbir Allahu Akbar untuk membantah tindakan gerombolan Yahudi itu.

(Alray)

SHARE