TEBING BARAT, 10 Jan- Pada hari Ahad (9/1), sejumlah 155 ahli akademik telah mengadakan demonstrasi  boikot di Ariel Universiti Samaria’, yang terletak di pemukiman Ariel di Tebing Barat yang dijajah.

Para ahli universiti dan perguruan tinggi dari pelbagai fakulti menandatangani petisyen yang menyeru pem boikotan atas tindakan penempatan haram Israel yang berlaku di Ariel. Antara dekralasi mereka ialah “Kami, ahli akademik dari pelbagai bidang dan dari seluruh institusi pendidikan tinggi di Israel, di sini kami membamtah secara terbuka terhadap pendudukan yang berlanjutan dan pembentukan penempatan baru.”

Pemenang Nobel Laureates, Yehoshua Kolodny, Benjamin Ishak dan Itamar Procaccia antara tokoh yang  menandatangan bantahan tersebut.

Dalam deklarasi itu juga mereka menyatakan simpati atas nasib rakyat Palestin yang tinggal di desa-desa dan kem-kem pelarian di dalam keadaan yang amat mendukacitakan dan tidak memenuhi hak asasi manusia. Rakyat Palestin tidak hanya tidak mempunyai akses kepada pendidikan tinggi, bahkan tidak memiliki sumber air yang bersih.”  (imc)

SHARE