Ahli Parlimen Israel Desak Lakukan Aksi Bunuh Terhadap Pemimpin HAMAS

Seorang perwakilan Parlimen Israel mengemukakan pandangan perlunya Israel menerapkan “kebijakan” pembunuhan dan mensasarkan sejumlah pemimpin gerakan perlawanan Palestin “demi keamanan Israel.”

Akhbar Israel, Yedioth Ahronoth, menyebutkan bahawa Israel Hasson, mantan Timbalan Ketua Shin Bet , menyerukan Israel untuk meneruskan “kebijakan” pembunuhan terhadap para pemimpin gerakan perlawanan Palestin.

al-aqsa-mosque-c-hlp-250hHal itu dilakukan untuk memberikan tekanan lebih besar terhadap para pemimpin Hamas agar bersedia berunding tanpa banyak bicara dalam kesepakatan pertukaran tahanan dengan Gilad Shalit.

Dalam sebuah simposium yang diadakan pada Ahad (3 Jan) di sebelah selatan Beersheba, beliau mendakwa bahawa tidak ada alternatif lain bagi pemerintahan Israel kecuali melancarkan “kebijakan” seperti itu.

Beliau mengatakan bahawa “kebijakan” tersebut akan membuat para pemimpin Palestin mengerti bahawa segala bentuk tindakan yang “mengganggu keamanan Israel” harus dibayar mahal, dan mungkin harus dibayar dengan nyawa.

Hasson mengatakan bahawa pembunuhan para pemimpin Palestin adalah satu tindakanl yang efektif dan mampu menghentikan tembakan roket dari Jalur Gaza terhadap kota-kota dan pemukiman Israel.

Pembunuhan pemimpin perjuangan Palestin, menurut Hasson, akan membuat para penembak roket mempertimbangkan kembali tindakan mereka, kerana tindakan mereka harus dibayar dengan nyawa pemimpin mereka. Hasson mengatakan bahawa hal tersebut akan “menyeimbangkan ancaman”.

Akhbar berbahasa Ibrani tersebut memberitakan mengenai pembunuhan tiga orang anggota gerakan Fatah yang dilakukan oleh ketenteraan Israel untuk membalas kematian seorang rabbi di pemukiman Yahudi di Tebing Barat, dan hal tersebut menjadi  petunjuk penggunaan kembali “kebijakan” pembunuhan pejuang Palestin oleh pemerintah Israel. Tiga orang itu adalah Ghasan Abu Sharkh, Raed Sarkaji, dan Anan Suboh.(dn/im/mp)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts