GAZA, 29 Nov – Delegasi Parlimen Eropah yang tiba di Gaza pada hari Sabtu (27/11) menyeru solidariti antarabangsa menyertai warga Gaza berusaha menghentikan blokade yang dikenakan ke atas Gaza tanpa sebarang syarat.
Ketua delegasi 18 orang ahli Palimen dar Kesatuan Eropah itu berkata bahawa pasukan delegasi akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap perkembangan pembangunan di Gaza.
Sementara itu MP Hamas, Ismail Al-Ashqar mengatakan kepada para delegasi bahawa rakyat Palestin di Gaza masih menderita kerana berhadapan pelbagai masalah seperti gangguan elektrik yang sentiasa berulang, larangan kemasukan bahan pembinaan dan kekurangan bahan asas yang diperlukan.
Sementara itu, Menteri Tahanan MP Hamas, Mohammed Al-Ghoul menyeru agar menamatkan penderitaan 7,000 tahanan Palestin yang masih berada di penjara-penjara Israel. Beliau juga mendesak pelaksanaan resolusi-resolusi antarabangsa termasuk menghentikan sebarang blokade ke atas Gaza dan membenarkan pembinaan semula Gaza. Beliau juga mengatakan bahawa para pemimpin Israel harus diadili atas jenayah perang terhadap rakyat Palestin. (imc/pic)