Ahli Parlimen Palestin dibebaskan setelah ditahan tanpa pertuduhan selama 22 bulan

BEIT LAHM, 3 Sep 2017 — Ahli Parlimen Palestin (PLC) Hassan Yousif dibebaskan dari penjara Zionis setelah dikurung selama 22 bulan di bawah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pertuduhan mahupun pengadilan.

Hassan, 60, yang merupakan seorang pemimpin kanan Hamas ditangkap setelah tentera Zionis memecah masuk rumah beliau di Beituniya pada 20 Oktober 2015, tiga bulan selepas dibebaskan dari tahan pentadbiran selama setahun, atas tuduhan menghasut terhadap rejim.

Melalui tahanan pentadbiran, penduduk Palestin boleh ditahan selama enam bulan tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan dengan hanya berdasarkan “bukti rahsia”. Tempoh tersebut boleh dilanjutkan tanpa had.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts