Ahli Parlimen Zionis, lebih 200 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 8 Nov 2018 — Ahli Parlimen Zionis, Shuli Mualem, dan 207 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan diiring dan dikawal oleh pasukan polis pagi tadi.

Seramai 124 daripada mereka adalah pelajar dari institusi-institusi keagamaan Yahudi.

Mereka diiring berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu sambil melakukan ritual Talmud secara penuh provokasi.

Polis Zionis juga mengumumkan mereka akan membawa masuk lebih ramai pendatang pada sesi kedua, selepas para jemaah selesai menunaikan solat Zuhur.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Hal Ehwal Agama Palestin, Yousef Ad’eis, memberi amaran bahawa perkembangan terkini menunjukkan Masjid al-Aqsa terdedah kepada gelombang pencerobohan oleh pegawai-pegawai dan Ahli-Ahli Parlimen Zionis.

Desakan ahli-ahli politik pelampau Zionis supaya membatalkan kedaulatan Jordan ke atas tapak suci itu mengukuhkan lagi pendapat beliau.

Terkini, polis Zionis membenarkan ahli parlimen menceroboh masuk setiap bulan. Sebelum ini, mereka hanya dibenarkan masuk sekali dalam tempoh setiap tiga bulan.

Semalam, Ahli Parlimen pelampau Yehuda Glick turut menceroboh masuk al-Aqsa bersama puluhan pendatang Yahudi.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts