Ahli Parti Politik UK Menyatakan Israel Penyebab Keganasan Global

Jenny Tonge

London, 16 November – Seorang ahli politik senior dari Parti Liberal Demokrat Britain menyatakan bahawa rejim Israel telah melakukan keganasan global terhadap Palestin.

Jenny Tonge, ahli Parti Liberal Demokrat, mengatakan di House of Lords bahawa perlakuan buruk terhadap Palestin oleh Israel adalah akar dan punca keganasan di seluruh dunia, menurut laporan agensi berita tempatan.

Tonge mengatakan sikap ketidakadilan  Israel terhadap Palestin  mungkin berpunca dari igauan buruk mereka terhadap peristiwa “Holocaust” atau “mungkin juga kerana pelobi mereka memiliki kekuatan hubungan dengan UK dan Amerika Syarikat yang pro Israel.

House of Lords sedang membahaskan Pelan Kajian Strategik Pertahanan dan Keselamatan Negara bagi menyusun kembali penglibatan dan keutamaan mereka dalam strategi keselamatan negara pada masa hadapan.

“Layanan kejam Israel terhadap Palestin menjadi contoh dan kayu pengukur bagaimana sikap Barat melayani Muslim,” katanya.  “Dan hal ini menjadi akar penyebab terorisme berlaku di seluruh dunia.”, tambahnya lagi. (ptv/afp)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts