Akademi al-Quran dan as-sunnah lahirkan barisan graduan sulung

GAZA, 19 Mei 2017 (BHP) – Satu majlis konvokesyen telah diadakan di perkarangan kompleks Darul Quran dan as-Sunnah (DQS) di Jabaliya, utara Gaza, bagi meraikan kejayaan barisan siswa sulung akademi tersebut.

Majlis tersebut disempurnakan dengan kehadiran Pengarah DQS, Dr. Abdulrrahman Al-Jamal, Ketua Pegawai Esekutif DQS, Ustaz Mahmud Khos, Dekan DQS, Dr. Jamil Udwan, staf pentadbiran, serta tokoh-tokoh aktivis pendidikan bersama para siswa dari pelbagai program akademi.

Dalam ucapan tahniah kepada graduan, Dr. Abdulrrahman supaya mereka berpegang teguh dengan apa yang telah dipelajari serta mengamalkannya dengan cara menyebarkan ilmu ini, kerana ilmu itu sudah menjadi amanah yang dipikul oleh mereka. Beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan akademi DQS.

Menurut kenyataan Dr. Jamil pula, jumlah graduan pertama ini mencapai 1,200 orang, di mana mereka telah lulus kursus-kursus untuk menjadi guru yang akan mengajar hukum-hukum bacaan dan tajwid serta sunnah Nabi SAW yang suci. Beliau turut memuji semua yang terlibat dalam mengajar ilmu syar’ie, khususnya dalam bidang al-Quran al-Karim di DQS.

Akademi al-Quran dan as-Sunnah ditubuhkan pada tahun 2015 dengan sokongan dari rakyat Indonesia dan Malaysia. Sejak awal penubuhannya, DQS menawarkan kursus ilmu syar’ie berjurusan al-Quran. Bilangan siswanya mencecah hampir 1,300 orang lelaki dan perempuan.

Dr Jamil merakamkan ucapan terima kasih kepada NGO yang menjayakan projek pendidikan ini, melalui kerjasama HALUAN Malaysia, Sahabat al-Aqsha dan Radio Rodja dari Indonesia, serta Yayasan Al-Sarraa yang beroperasi di Palestin, Turki dan Syria.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts