Akmaludheen Seru Umat Islam Bersatu dan Selamatkan Masjid Al Aqsa

Akmaludheen Ihsan Uglo, Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam, menyeru kepada umat Islam di seluruh dunia pada kesempatan Idul Adha untuk bersatu dan membela tempat-tempat suci mereka, terutamanya Masjid al-Aqsa.

Beliau juga menyeru umat Islam untuk membantu saudara-saudara mereka dalam mengembalikan hak-hak mereka yang dirampas dan memberi mereka saranan dna bantuan yang diperlukan untuk kehidupan yang bermaruah.

Dalam sebuah pernyataan yang dikeluarkan hari Jumaat (5 Dis), Uglo mengatakan bahawa kesempatan Idul Adha dan manifestasinya adalah seperti berkumpulnya jutaan umat Islam di Gunung Arafah di Makkah, merupakan peringatan bagi umat Islam daripada tugas mereka untuk bersatu. .

“Sesungguhnya kesatuan bererti kekuatan dan kemenangan manakala pertikaian dan berbohong-bohongan adalah benih-benih kelemahan dan penghinaan. Umat Islam saat ini sangat memerlukan saat ini lebih daripada waktu yang lain untuk bersatu untuk menghadapi arus yang sedang melawan mereka, untuk mempertahankan tempat suci mereka, khususnya Masjid Aqsa yang diberkati, dan untuk membantu saudara-saudara mereka kembali merebut hak-hak mereka dan menyediakan mereka dengan cara-cara untuk kehidupan yang bermaruah, “kata Uglo dalam kenyataan beliau.

Uglo juga mengatakan bahawa kaum muslim merasa sedih saat menonton dunia Islam yang kian di robek oleh perang dan kehancuran di samping ekstremisme yang telah menyebabkan umat Islam dilihat ganas, sementara Islam, pada kenyataannya, tidak ada hubungannya dengan sikap orang-orang yang ekstremis, sedangkan Islam  itu adalah agama damai dan rahmat.

Dia menyerukan negara-negara Muslim untuk bekerja ke arah pembangunan di semua peringkat dan untuk memanfaatkan sumber daya alam dan manusia di Negara masing-masing untuk mencapai kebangkitan yang nyata yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi umat Islam.

Dia menyimpulkan kenyataannya dengan berdoa kepada Allah, bahawa masa depan akan menyaksikan kebangkitan ummat Islam seperti sejarah gemilang Islam yang lalu dan mengambil tempat yang terhormat di antara persada antarabangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts