Aktivis dan peguam wanita Palestin dijatuhkan hukuman penjara 4 tahun

AL-QUDS, 7 Mac 2016 (PIC) — Peguam dan aktivis wanita Palestin, Shireen Issawi, hari ini dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun manakala abangnya Medhat Issawi dikenakan hukuman penjara selama lapan tahun dalam satu keputusan yang dibuat di mahkamah pusat al-Quds.

Shireen, 38 tahun, dan Medhat, 42 tahun, dituduh berkomunikasi dan memberi dana kepada tahanan Palestin anak-anak guam mereka.

Shiree ditahan pada 7 Mac 2014 manakala Medhat ditahan seminggu selepas itu. Medhat sebelum ini pernah dipenjara selama 20 tahun, dan Shireen pernah dikenakan tahan dalam rumah atas kesalahan memberi dukungan kepada tahanan Palestin.

Shireen merupakan seorang peguam dan aktivis yang terkenal, di mana beliau merupakan jurucakap di peringkat antarabangsa bagi kempen mendukung pembebasan adiknya Samer Issawi yang menjalankan mogok lapar selama 266 hari pada tahun 2012 dan 2013. Samer akhirnya berjaya dibebaskan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts