Aktivis Hasan Karajah dikenakan tahanan pentadbiran 6 bulan

RAMALLAH, 18 Julai 2016 (samidoun) — Aktivis dan bekas tahanan Hassan Karajah dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan secara tiba-tiba di mahkamah tentera di penjara Ofer petang semalam.

Sesi perbicaraan ke atas beliau yang dijadualkan pada hari yang sama dibatalkan dan keluarganya tidak dibenarkan membuat lawatan.

Hassan ditangkap di sekatan Beit Ur al-Fuqua pada 12 Julai lalu. Beliau sebelumnya pernah ditangkap pada bulan Januari 2013 dan dibebaskan pada bulan Oktober 2014 atas tuduhan menyertai pertubuhan haram. Hampir semua parti politik Palestin dianggap sebagai pertubuhan haram oleh rejim Zionis.

Selain daripada terlibat dalam pertubuhan NGO Palestin seperti Stop the Wall Campaign dan Partnership for Development Project, Hassan juga terkenal dengan aktiviti boikot (BDS) terhadap rejim Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts