Aktivis kemanusiaan dihukum penjara kerana pertahan kanak-kanak Palestin

BEIT LAHM, 19 Julai 2017 (PNN) — Mahkamah tentera Zionis di Ofer menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak 6,000 shekel (RM7,380) ke atas aktivis Popular Resistance Movement, Ahmad Odeh, atas tuduhan membaling batu.

Ahmad ditangkap di utara laluan masuk ke Beit Lahm ketika beliau cuba mempertahan sekumpulan kanak-kanak yang sedang dipukul secara ganas oleh unit khas tentera Zionis. Beliau turut mengalami kecederaan ketika ditangkap, dan masih dipukul selepas ditangkap bersama-sama kanak-kanak terbabit.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts