Al-Aqsa Adalah Milik Umat Islam Yang Tidak Boleh Dibahagikan

AL-QUDS, 28 Okt 2015 (MEMO) — Majlis Wakaf Al-Quds semalam mengadakan mesyuarat tergempar di Masjid Al-Aqsa bagi membincangkan langkah-langkah untuk menghadapi serangan berterusan ke atas masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu, serta para jemaah dan murabitun yang bertahan di dalamnya.

Dalam kenyataan media mereka, Majlis Wakaf menyatakan Al-Aqsa adalah satu garisan merah yang tidak boleh dilangkah oleh rejim Zionis. Ia merupakan saru warisan Bani Hashim kepada Raja Abdullah II, yang menjadi milik umat Islam yang tidak boleh dibahagi-bahagikan. Mesyuarat juga mengalu-alukan pendirian Raja Abdullah II yang mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada serangan Zionis.

“Al-Aqsa adalah untuk umat Islam semata-mata dan tidak boleh dikongsikan dengan sesiapa sekalipun. Semua gelaran atau panggilan lain yang diberikan ke atas masjid suci itu adalah tidak berasas dan hanyalah berdasarkan kepada dakwaan palsu”, sebut kenyataan tersebut.

Menurut majlis itu lagi, dakwaan rejim Zionis bahawa keadaan di Masjid Al-Aqsa tidak pernah berubah adalah palsu, berdasarkan serangan dan pencerobohan berterusan ke atas masjid itu yang sekaligus menodai undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.

“Penjajah tidak ada hak untuk masuk campur dalam hal ehwal Wakaf Islam atau Masjid Al-Aqsa,” sambung kenyataan mereka.

Ahli mesyuarat menyeru dunia Arab dan umat Islam supaya berwaspada dengan ancaman yang dihadapi oleh Masjid Al-Aqsa serta berusaha untuk menghalang kejahatan terhadap masjid itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts