Al Aqsa Diancam

Israel telah bersedia untuk menggali dua terowong di bawah masjid Al Aqsa yang di bawah jajahan mereka. Mereka telah mula mengeluarkan amaran agar 55 keluarga Palestin mengosongkan rumah mereka di Utara bandar Al Quds. Mereka juga telah mempersiapkan pelan bagi membina ribuan penempatan baru di bandar itu.

Yayasan Waqaf dan Turas Al Aqsa melaporkan bahawa Yahudi sedang menggali dua terowong baru bagi menghubungkan Al Aqsa dan Hayy Syarif ; iaitu sebuah perkampungan Palestin yang telah dirampas Yahudi pada tahun 1967 dan dinamakan perkampungan Yahudi di Medan Buraq barat Masjid Al Aqsa.

Perincian Projek.

Menurut sumber dari Palestin panjang terowong pertama adalah 56 meter dan terowong kedua adalah 22 meter. Pihak berkuasa Israel telah merancang supaya dibina laluan elektronik bagi terowong melintang dan lift bagi terowong menegak sebagai perancangannya bagi memudahkan pengunjung Yahudi dan orang asing bagi melawat Masjid Al Aqsa dan Medan Buraq.

Projek ini di jangka memakan belanja USD2.5 bilion.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts