Al-Araqeeb diroboh kali ke-119, 22 keluarga hilang tempat berteduh

GURUN NAQAB, 3 Okt 2017 — Pasukan polis Zionis pagi tadi memusnahkan perkampungan Badwi al-Araqeeb di wilayah Gurun Naqab buat kali ke-119, menghancurkan semua rumah dan kemah sehingga tiada lagi tempat berteduh untuk komuniti terbabit.

Perkampungan al-Araqeeb menempatkan sekurang-kurangnya 22 keluarga Badwi yang tinggal dalam kemah dan rumah sementara yang dibina menggunakan zing. Perkampungan mereka diroboh buat pertama kali pada tahun 2010.

Bulan lalu, mahkamah Zionis memerintah enam penduduk al-Araqeeb supaya membayar lebih $US72,000 untuk kos perobohan, di samping US$28,000 bagi kos guaman. Sejak pertama kali diroboh, rejim Zionis telah mengenakan denda terkumpul sehingga lebih US$541,000 untuk perobohan.

Kali terakhir perkampungan ini diroboh pada 14 September lalu. Setiap kali selepas diroboh, penduduk akan membina semula rumah atau kemah mereka.

Al-Araqeeb merupakan salah satu daripada lebih 35 perkampungan Badwi di Gurun Naqab yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis. Pihak rejim mendakwa rumah-rumah dibina tanpa mendapat permit pembinaan.

(Maan, PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts