Al-Hamouri ditangkap semula sejurus selepas dibebaskan dari penjara

RAMALLAH, 30 Sep 2018 — Pemuda Salah al-Hamouri, 33, ditangkap semula oleh pasukan perisikan Zionis sejurus selepas dibebaskan dari penjara Negev pagi tadi.

Kenderaan pasukan perisikan tiba di pintu penjara Negev beberapa minit sebelum Salah dibebaskan, dan memaklumkan keluarganya yang sedang menunggu bahawa beliau akan dipindahkan ke pusat tahanan al-Maskoubiya di barat Baitulmaqdis.

Salah ditangkap pada 23 Ogos 2017. Beliau dikurung dalam kem tahanan gurun Negev sebagai tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan atau pendakwaan. Beliau, yang juga memegang pasport Perancis, dituduh menjadi ahli Barisan Pembebasan Palestin (PFLP) dan terlibat dalam membunuh rabai Ovadia Yosef.

Sebelum itu, beliau dalam penajra Zionis merengkok selama enam tahun sebelum dibebaskan bersama kumpulan kedua tukaran tawanan Wafa al-Ahrar pada tahun 2011.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts