Al-Qaradawi Ziarah Gaza Selepas Enam Dekad

Al-Qardhawi-10GAZA, 8 Mei 2013 – Syeikh Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi Ulama Sedunia bersama delegasi 50 ulama dari 14 negara telah memulakan kunjungan tiga hari mereka di Gaza, Palestin mulai Rabu lepas. Ketibaan mereka telah disambut dengan penuh meriah dan mahabbah oleh Perdana Menteri Gaza, Syeikh Ismail Haniyah.

Ismail Haniyah dalam ucapan alu-aluannya berkata adalah satu penghormatan bagi rakyat Gaza untuk menerima kehadiran “Sheikh Pencetus Arab Spring” di bumi Palestin.

Kali terakhir al-Qaradawi mengunjungi Gaza adalah pada tahun 1958. “Seluruh cita-cita kami adalah untuk mati di jalan Allah, dan untuk hidup panjang agar kami dapat berkunjung ke Palestin,” demikian kenyataan Syeikh Yusuf al-Qaradawi pada saat ketibaannya. Al-Qaradawi juga dengan tegas telah menyatakan bahawa bahawa negara haram Israel tidak mempunyai hak membina negara mereka di Palestin. Beliau menegaskan, “Tidak pernah ada sebuah negara Yahudi di atas tanah ini,” sambil menambah bahawa tanah Palestin adalah hak mutlak umat Islam.

Qaradawi telah berkata bahawa tujuan lawatan tiga hari ke Gaza adalah untuk menyokong rakyat Gaza dan menentang sekatan Israel terhadap rakyat Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts