Al-Qassam dedah maklumat operasi tentera Zionis di Khan Younis

GAZA, 22 Nov 2018 — Sayap tentera Hamas, Briged Izzuddin al-Qassam, berjaya mengenal-pasti semua anggota pasukan khas Zionis dan kronologi tugasan mereka dalam operasi rahsia di Khan Younis 11 November lalu.

Operasi tersebut berjaya dipatahkan oleh Briged al-Qassam. Serangan tentera udara Zionis untuk menyelamatkan pasukan mereka itu berakhir dengan kematian seorang ketua tentera Zionis dan kecederaan beberapa yang lain, di samping kesyahidan tujuh pejuang termasuk komandan Nur Barokah.

Al-Qassam menyiarkan sejumlah foto mereka yang membantu tentera Zionis, di samping kenderaan dan kontainer yang digunakan dalam operasi mereka menyelinap masuk ke Gaza.

Dalam kenyataan mereka, al-Qassam menyeru supaya penduduk Gaza memberi maklumat tentang orang-orang terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, rejim Zionis melarang sesiapapun membuat kenyataan atau komentar terhadap pendedahan tersebut.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts