Al-Quds Timur: Membongkar Projek Kolonial Zionis

AL-QUDS, 11 Dis 2016 (IMEMC) — Sejak dari mula penjajah Zionis ke atas kota suci al-Quds, mereka telah merancang tiga strategi utama iaitu menjadikan bangsa Yahudi sebagai penduduk majoriti, mengurangkan populasi penduduk Palestin, dan memencilkan al-Quds Timur serta memisahkannya dari Tebing Barat.

Seluas 35% daripada kawasan al-Quds Timur dikhususkan bagi pembinaan penempatan haram Yahudi, tinggal hanya 13% untuk tujuan pembinaan bagi penduduk Palestin sehingga menimbulkan krisis perumahan yang kronik dan memaksa penduduk Palestin membuat pembinaan tanpa permit.

Sejumlah 3,200 buah rumah dimusnahkan atas alasan dibina tanpa permit, dan sekitar 25,000 lagi rumah bakal dirobohkan. Seramai 100,000 penduduk Palestin akan kehilangan tempat berteduh.

Seramai 14,500 penduduk Palestin di al-Quds timur dilucutkan status penduduk atas pelbagai alasan. Pada masa yang sama ribuan buah rumah dan jaringan laluan pintas khusus untuk pendatang Yahudi telah dibina di atas tanah penduduk Palestin.

Hasilnya, kini seramai 100,000 orang pendatang Yahudi menetap di al-Quds Timur. Sebelumnya, seramai 200,000 pendatang telah menetap di al-Quds Barat. Hanya tinggal 300,000 penduduk Palestin yang masih memegang status penduduk al-Quds, termasuk 100,000 yang terpaksa tinggal di luar tembok sepanjang 240 kilometer yang memisahkan al-Quds dan Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts