Al Quran dan Solat Memberi kekuatan Kepada Kami: Aktivis Konvoi Armada

29 Mei – Aktivis Muslim yang menyertai rombongan armada bantuan kemanusiaan ke Gaza atau Freedom Flotilla tetap tegar dan bersemangat meneruskan misi walau apapun terjadi. Sdr Noorazman Shamsudin yang juga merupakan Ketua Delegasi Bagi Malaysia dan Indonesia menyatakan bahawa para aktivis sudah bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku, khususnya ancaman dari tentera udara dan laut Israel.

” Alhamdulillah setakat ini majoriti aktivis amat komited dengan solat berjamaah, mereka berterusan mengikat diri mereka dengan al Quran. Ramai juga yang bersendirian di merata tempat dalam kapal ini sujud bermunajat kepada Allah swt. Ramai yang berada dalam kapal tidak tidur dan bermunajat kpd Allah.”, demikian situasi yang  digambarkan oleh wakil Media HALUANPalestin yang turut menyertai misi tersebut, sdr Mohd Nizam Awang. Beliau dan rombongan menaiki kapal yang terbesar dalam armada tersebut iaitu kapal Mavi Marmara.

Menurut Sdr Noorazman Shamsudin, antara ancaman yang paling besar tatkala armada sudah mula menghampiri perairan Gaza saat ini ialah usaha jahat Israel untuk merampas, menahan dan menangkap para aktivis. ”Kami memohon kepada seluruh muslimin dan  muslimat mendoakan kejayaan armada bantuan kemanusiaan ini dan semoga pertolongan Allah bersama-sama dalam perjalanan kami. Walau apapun terjadi kami akan pertahankan kapal ini dan kami akan berusaha untuk sampai di pelabuhan Gaza”, demikian harapan Noorazman saat ditemuramah oleh wartawan berita dari astro Awani yang turut menyertai armada tersebut.

*Bersamalah kita memohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat, sebagaimana yang ditunjukan oleh aktivis Islam yang benar-benar mengamalkan tuntunan Allah ini selama di kapal

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts