Alumni Fakulti Perubatan UKM Turut Derma Untuk Palestin

KIRI, Encik Syamsa Rizal hadir sebagai wakil biro khas dalam Alumni IPU UKM
KIRI, Encik Syamsa Rizal hadir sebagai wakil biro khas dalam Alumni IPU UKM

BANDAR BARU BANGI, 10 Dis 2012 — Wakil Alumni IPU UKM KL yang juga merupakan pensyarah di Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan UKM telah mengunjungi ibu pejabat HALUAN. Encik Syamsa Rizal hadir sebagai wakil biro khas dalam Alumni IPU UKM yang dipertanggungjawabkan dalam menyampaikan kutipan sumbangan Palestin kepada beberapa NGO yang terlibat secara langsung dalam bantuan permasalahan Palestin.

Sumbangan bernilai RM1,000 telah diserahkan kepada Puan Alfiah Samingan, Ketua Biro HALUANITA. Inisiatif Alumni IPU UKM KL ini merupakan suatu usaha yang murni dan baik untuk dicontohi oleh kelab dan persatuan yang seumpama dengannya.

HALUAN Malaysia sebagai NGO yang memikul amanah para dermawan untuk rakyat Gaza ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Alumni IPU UKM KL. Semoga Allah merahmati seluruh usaha-usaha kita semua.

Mereka yang ingin turut menyumbang melalui kempen Kutipan Kecemasan Palestin ini bolehlah berbuat demikian di akaun “Tabung Palestin HALUAN” di BIMB 1402–30100–342–92 atau Maybank 5644-9020-8528.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian 019-218 7861 atau 013 282 0731.

“Bersatu Untuk Palestin”

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts