Ambulan & Bomba Tidak Dibenarkan Ke Kawasan Berdekatan Sempadan

ambulanGAZA, 20 Jul 2014 (Maan) — Perkhidmatan bomba dan ambulan Gaza tidak dibenarkan memasuki kawasan timur yang bersempadan dengan wilayah Palestin yang terjajah tanpa mendapat koordinasi rejim Zionis melalui Persatuan Palang Merah.

Pengarah Perkhidmatan Pertahan Awam Gaza, Said al-Saudi, dalam kenyataannya menyebut, “Persatuan Palang Merah memberitahu kami bahawa ambulan dan kenderaan bomba tidak boleh memasuki kawasan timur Gaza berdekatan sempadan tanpa koordinasi melalui jawatankuasa Palang Merah.” Beliau menambah bahawa setakat ini tidak ada sebarang kordinasi berjaya dibuat.

Sementara itu jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qidr, menyebut bahawa tentera Zionis tetap menghalang kemasukan ambulan walaupun mereka mencuba secara kerjasama dengan International Committee of the Red Cross (ICRC). ICRC dimaklumkan bahawa kawasan Shujaiyya ditutup kerana operasi ketenteraan berlangsung di situ.

Said menyeru penduduk Gaza supaya menggunakan apa sahaja bantuan perubatan yang ada dan cuba memadam kebakaran sendiri sehingga pasukan penyelamat berjaya memasuki kawasan mereka.

Puluhan rumah penduduk Gaza dijilat api akibat serangan meriam tentera Zionis secara sembarangan ke arah kawasan kejiranan berdekatan sempadan itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts