Amerika, Eropah Batal Penerbangan Ke Tel Aviv

terbangFRANKFURT, 22 Jul 2014 (Maan / IMEMC) — Beberapa buah syarikat penerbangan utama Eropah mengikuti langkah syarikat Amerika untuk membatalkan penerbangan ke Tel Aviv kerana bimbang terhadap konflik di Gaza.

Air France dalam kenyataan mereka menyebut penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion dibatalkan sehingga diberitahu. Manakala syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa, menghentikan semua penerbangan untuk tempoh 36 jam.

Tindakan Lufthansa juga akan melibatkan anak syarikatnya iaitu Austrian Airlines, Germanwings dan Swiss. Biasanya syarikat ini mengendalikan 10 penerbangan sehari ke Tel Aviv dari Berlin, Frankfurt, Munich, Vienna dan Zurich.

Brussels Airlines juga membatalkan satu penerbangannya lewat semalam dan tiga lagi penerbangan hari ini.

Terdahulu, syarikat penerbangan Delta telah melencongkan kapal terbangnya yang menuju ke Tel Aviv ke Paris. Syarikat-syarikat penerbangan utama Amerika, US Airways dan United Airlines, juga membatalkan penerbangan mereka ke Ben Gurion.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts