Amerika sekat $US65 juta dana bantuan untuk pelarian Palestin

WASHINGTON, 16 Jan 2018 — Jabatan Negara Amerika hari ini mengumumkan akan menyekat dana bantuan sebanyak $US65 juta untuk pelarian Palestin yang disalurkan melalui Agensi Bantuan dan Kebajikan PBB (UNRWA).

Kenyataan melalui Agensi Reuters itu menyebut mereka akan hanya menyalurkan bantuan sebanyak $US60 juta bagi tujuan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

Rejim Zionis menghasut Amerika supaya menghentikan dana kepada UNRWA, di mana Benjamin Netanyahu minggu lalu berkata bahwa badan dunia itu “harus dilupuskan dari dunia.”

UNRWA bertanggungjawab membantu 5.3 juta pelarian, di mana mereka mengendali 711 buah sekolah dan 143 klinik kesihatan melalui dana bantuan dari beberapa buah negara, antaranya Amerika, Eropah, Jepun dan Arab Saudi. Tahun lalu, Amerika menyalurkan dana sebanyak $US355 juta.

(MEMO, MEE)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts