Amerika tawar ganjaran US$5 juta untuk tangkap pemimpin Hamas

WASHINGTON, 14 Nov 2018 — Jabatan Negara Amerika semalam mengumumkan tawaran sehingga US$5 juta bagi setiap maklumat atau pengenalan yang membawa kepada penangkapan tiga pemimpin yang mereka isytiharkan sebagai pengganas – Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Saleh al-Aruri, dan dua pemimpin Hizbullah, Khalil Yusif Mahmoud Harb dan Haytham ‘Ali Tabataba’i.

Kenyataan pihak Washington turut menyebut bahawa mereka telah mengambil langkah-langkah serius untuk memburu pemimpin-pemimpin Hamas termasuk Ismail Haniyeh atas tuduhan-tuduhan keganasan. Tujuh lagi pemimpin Palestin termasuk dalam senarai hitam Amerika adalah:

  1. Mohamed al-Dheif (komander Briged al-Qassam)
  2. Ziad al-Nakhala (Setiausaha Jihad Islami)
  3. Yehya al-Sinwar (Ketua Hamas di Gaza)
  4. Fathi Hamad (Pemimpin Kanan Hamas)
  5. Ahmad al-Ghandour (pemimpin Briged al-Qassams)
  6. Ramadan Shallah (mantas Setiausaha Agung Jihad Islami)
  7. Rawhi Mushtaha (ahli Biro Politik Hamas).

Jabatan Negara Amerika juga secara rasmi mengisytiharkan anak sulung pemimpin Hizbullah Hasan Nasrallah, Mohammad Jawad, sebagai seorang pengganas. Mereka turut menamakan Briged al-Mujahidin – sebuah pertubuhan Palestin yang dikaitkan dengan Hizbullah – sebagai pertubuhan keganasan.

Hamas mengecam pengumuman tersebut, yang jelas menunjukkan sikap tunduk Amerika kepada tekanan rejim Zionis sekaligus menzahirkan dukungan ke atas kejahatan mereka. Ia juga mempamerkan kegagalan politik dan perundangan Amerika.

Hamas dan Hizbullah disenaraikan sebagai petubuhan keganasan sejak tahun 1997.

(PIC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts