Ringkasan

Anak-Anak Gaza Kembali Ke Sekolah

GAZA, 14 Sept 2014 (PNN) — Setelah tertangguh selama tiga minggu akibat serangan tentera Zionis, 500,000 anak-anak Gaza akhirnya memulakan sesi persekolahan yang baharu.

Sesi persekolahan tertangguh apabila penduduk Gaza terpaksa menggunakan bangunan sekolah sebagai tempat penginapan sementara.

Menurut Kementerian Pelajaran, minggu pertama persekolahan akan dipenuhi dengan aktiviti berbentuk hiburan bagi mengurangkan tekanan psikologi di kalangan pelajar setelah terpaksa melalui tekanan dan pengalaman ngeri sepanjang tempoh serangan.

Walau bagaimanapun 9,600 pelajar di sekolah UNRWA di Bait Hanoun di utara Gaza masih tidak dapat memulakan persekolahan bangunan sekolah kerana ianya masih digunakan sebagai penginapan sementara mangsa-mangsa serangan.

Beberapa buah sekolah tidak dapat diguna kerana masih menjadi tempat penginapan sementara mangsa serangan Zionis.
Sekolah bermula dengan serba kekurangan akibat kesan serangan.
Sebilangan besar pelajar masih dalam keadaan tekanan emosi akibat serangan.
Najiyah Al-Helu, 14 tahun, tidak lagi dapat bersama kawan-kawannya kerana telah dibunuh oleh tentera Zionis. Kawan-kawannya menulis nama beliau di atas mejanya.

sekolah-4

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts