Anak-Anak Palestin Trauma Akibat Seksaan di Penjara Israel

Gaza, 16 Mac – Tahukan kita pada saat ini situasi psikologi anak-anak Palestin semakin membimbangkan. Laporan oleh “Save the Children” mengatakan, dari ratusan anak-anak Palestin yang dipenjara setiap tahun, sebahagian besar menderita mimpi buruk, ketakutan dan mengalami trauma setelah mereka dibebaskan.

Organisasi amal tersebut mengatakan, sejak tahun 2000, tentera Israel menahan lebih dari 8,000 anak-anak Palestin di Tebing Barat. Israel mengheret anak-anak yang berusia semuda 12 tahun itu dihadapkan ke mahkamah tentera hanya kerana mereka melempar batu kepada tentera Israel.

Ahmad Dsouqi (16 tahun) misalnya, ditangkap di rumahnya di sebuah kem sementara di Jalazon berhanpiran Ramallah tahun lalu. “Sekelompok besar tentera Israel bersenjata menerobos masuk ke rumah kami, mengejutkan saya dan menyeret saya dari tempat tidur. Mereka membungkus saya, dan menutup mata saya. Kemudian mereka memasukkan saya ke dalam kenderaan,” kata Dsouqi kepada berita Reuters.

Dsouqi dipukul disepanjang sesi soal siasat dijalankan, tidak dibenarkan keluar dan dipaksa mengaku bahawa dia melempar batu ke tentera Israel. “Para penyiasat Israel meninggalkan saya di bilik penyiasatan, mengherdik dan memukuli agar saya mengaku  telah melempar batu,” kata Dsouqi.

Dengan tidak semena-mena, mahkamah Israel menjatuhi hukuman 18 bulan penjara kepadanya. Dsouqi kini telah dibebaskan ketika pertukaran tahanan. “Saya cuba untuk tidak tidur di sepanjang hari seperti di penjara, dan mengingatkan diri sendiri bahawa saya harus merancang sebahagian besar waktu untuk memastikan masa depan saya,” katanya.

Israel juga tampaknya tidak mendengar seruan Pengarah Program Perlindungan Anak-anak UNICER, Saudamini Siegrist yang mengkritik mereka secara keras. “Mahkamah ketenteraan Israel dan pengadilan mereka tidak sesuai dengan hak-hak perlindungan anak-anak,” tegasnya.

Sementara itu, sekitar 98 peratus anak-anak yang ditahan dilaporkan menjadi sasaran kekerasan baik dari segi fizikal mahupun emosi oleh kezaliman tentera Israel. “Lebih dari 90 peratus anak-anak ini menderita post-traumatic stress disorder,” kata penasihat program Save the Children, Eyad al-Araj pada persidangan bersama media di Tebing Barat. Menurutnya, tindakan Israel tersebut telah meninggalkan trauma psikologi hampir kepada semua anak-anak.

Laporan badan amal ini berdasarkan kajian terhadap 292 anak-anak Palestin yang ditahan Israel dan telah dibebaskan. Mereka berusia dibawah 18 tahun.

Tahun lalu sahaja, sejumlah 2,301 anak-anak ditahan oleh Israel. Meskipun turun berbanding dari tahun sebelumnya, yakni sebanyak 3,470 pada tahun 2010. “Penahanan ini memberi kesan buruk kepada anak-anak, keluarga dan masyarakat mereka,”

Sumber: ROW

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts