Anak-anak pendatang Yahudi ganggu penduduk Palestin tuai zaitun

AL-KHALIL, 4 Okt 2016 (Maan) — Sekumpulan anak-anak pendatang Yahudi yang diiringi oleh beberapa orang askar Zionis mengganggu keluarga Palestin yang sedang menuai buah zaitun serta cuba merampas hasil tuaian mereka di Tel Rumeida, al-Khalil.

Kejadian di sebuah kebun berdekatan rumah keluarga Umm Tamer Zyada itu bagaimanapun dihalang oleh aktivis pertubuhan Youth Against Settlements (YAS).

Keluarga Zyada memetik buah zaitun lebih awal dari kelaziman musim menuai, biasanya dari pertengahan hingga akhir Oktober, untuk mengelakkannya daripada dicuri oleh pendatang Yahudi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts