Anak Gaza berjaya hafal 30 juz al-Quran dalam masa 3 bulan

GAZA, 24 Ogos 2016 (SP) — Ayman al-Asthul, 12, diberikan kelebihan oleh Allah SWT dapat menghafal 30 juz al-Quran hanya dalam masa tiga bulan.

Ayman bukan hanya berjaya menghafal alQuran, bahkan beliau adalah seorang yang cerdik dan sangat perprestasi di sekolahnya.

“Dalam masa tiga bulan, saya menghabiskan waktu bersama al-Quran mulai selesai solat Subuh hingga jam 9:00 pagi. Kemudian disambung selepas solat Asar hingga Maghrib. Di sekolah, alhamdulillah, saya selalu mendapat nombor satu atau dua,” jelas Ayman.

Ayahnya, Ismail Asthul, adalah seorang pensyarah universiti di Gaza. Empat anak lelakinya telah berjaya menghafal al-Quran. “Alhamdulillah saya menghafal al-Quran sejak kecil dengan dibimbing oleh ibubapa. Setiap kali habis solat Subuh saya menghafal al-Quran. Dan saya menghantar anak-anak saya ke masjid untuk fokus menghafal al-Quran,” kata Ismail.

Setiap tahun Gaza melahirkan lebih 3,000 penghafal al-Quran baharu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts