HATAY, TURKI, 11 Dis 2014 — Pengalaman hari pertama mengagihkan bantuan kemanusiaan dirasakan begitu singkat sekali, mungkin kerana waktu siang di musim sejuk ini hanya sembilan jam.

Pada hari kedua tugasan kami di Antakya, enam relawan HALUAN yang memikul amanah menyampaikan bantuan masyarakat Malaysia bertumpu di sekitar pekan kecil ini.

Dalam perjalanan ke sebuah pusat tahfiz al-Quran di sini, relawan sempat menziarahi beberapa lagi keluarga pelarian Syria untuk mengagihkan bantuan. Pek makanan dan sanitasi dihulurkan kepada keluarga Fauziah Mishab yang menyewa sebuah gudang tanpa alat pemanas mahupun tandas.

Bantuan juga disampaikan ke sebuah lagi rumah yang dihuni oleh dua keluarga. Salah seorang dari ketua keluarga tersebut, Munir Mikhtar, baru tiba dari Aleppo, Syria dua hari lalu. Beliau menjadi mangsa serangan bom puak pelampau syiah di bawah pimpinan Bashar Assad empat bulan lalu sehingga kaki kirinya terpaksa dipotong.

Sebelum tiba di maahad berkenaan, relawan HALUAN singgah di sebuah kedai membeli makanan ringan sebagai buah tangan untuk para pelajar di situ.

Mudir Sheikh Ridwan Sunbul menyambut mesra ketibaan relawan HALUAN sambil diperhatikan oleh seorang nazir bahagian pendidikan kerajaan Turki yang memantau sistem pembelajaran maahad tahfiz tersebut. Terharu dengan lawatan kami, Sheikh Ridwan memberi penerangan menyeluruh tentang komitmen mereka untuk memastikan anak-anak pelarian Syria di sini berpegang kepada ilmu Al-Quran dan hadis, sekalipun dalam keadaan serba kekurangan. Sungguh murni matlamat mereka. Menurut beliau, maahad ini menggunakan sistem pendidikan Nurul Bayan yang dipelopori oleh Sheikh Hisabi Yusuf dari Mesir, yang menggabungkan beberapa kaedah utama pengajian al-Quran.

Terpegun. Ya, sungguh terpegun kami melihat anak-anak ini yang bukan sahaja menghafal Al-Quran dan hadis, tetapi boleh menjawab soalan matematik yang kompleks puluhan ribu angka dengan mudah sekali, dengan hanya menggunakan sempua. Mereka menghafal hadis 40, mempelajari ilmu tajwid silibus Sulaiman Jamzuri serta ilmu sejarah Islam silibus ulama tersohor.

Anda tanya apa sahaja soalan berkaitan Islam dan iman, mereka akan kemukakan hujah yang jitu berserta dalilnya daripada Al-Quran dan hadis. Anda tanya, mengapa kamu beriman kepada Allah? Mereka akan menjawab panjang lebar, dengan hujah yang tidak boleh disangkal oleh manusia waras. Hebat, walaupun masih kanak-kanak. Mahu tidaknya mereka ini digeruni oleh musuh-musuh Islam? Kerana mereka bangsa yang akan dibangkitkan suatu hari nanti untuk memertabatkan Islam di tempat haknya. Tunggulah saat itu ketika tidak ada apa lagi yang boleh menghalang mereka setelah Allah merestui jihad mereka semuanya, baik lelaki mahupun wanita. Syiah pun akan terpadam akhirnya dengan kebenaran Al-Quran.

Majoriti pelajar di sini adalah perempuan, di mana pelajar lelaki hanya daripada kalangan mereka yang berumur dari empat hingga enam tahun. Manakala bagi pelajar perempuan, mereka adalah dari semua peringkat umur dari anak kecil hingga mereka yang bersedia untuk mendirikan rumahtangga.

Menjawab soalan kami tentang harapan beliau kepada murid-muridnya, Sheikh Ridwan dengan ringkas menjawab dengan penuh yakin, “Kami berharap generasi ini akan kembali ke Syria untuk membuat perubahan. Mereka bakal membina rangkaian pendidikan di kawasan-kawasan yang telah dibebaskan di Syria untuk melahirkan ahli al-Quran.”

Amat berat bagi relawan HALUAN untuk meninggalkan maahad ini. Apatah lagi bila mendengar nyanyian nasyid dan alunan doa anak-anak ini apabila menerima buah tangan yang tidak seberapa. Namun kami terpaksa berpisah untuk bergegas ke lapangan terbang.

Kami tinggalkan kenangan sedih pilu di sini dengan sedikit sumbangan wang daripada anda untuk membantu anak-anak pelarian Syria di sini.

Banyak lagi pek-pek barangan bantuan kami tinggalkan di pusat operasi Al-Agial. Mereka akan membantu menyempurnakan kerja pengagihannya nanti, kerana kami terpaksa berkejar pulang untuk meneruskan misi ke Lubnan pula. Semoga Allah SWT merahmati semua pelarian Syria di sini, agar Allah memenangkan mereka ke atas rejim syiah yang terang-terangan zalim itu. Kita doakan generasi Malaysia akan sentiasa waspada demi menjauhi rakyat kita daripada terjebak dengan kelicikan syiah yang jelas sesat lagi menyesatkan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut:

Tabung Kebajikan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Berhad : 5622-6350-2611

atau,

Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2

SHARE