sparkTidak seperti manusia lain di dunia ini, penduduk Gaza menunggu pemergian tahun 2008 dengan kemungkinan serangan tentera udara Israel, bedilan kereta kebal, atau mungkin juga lancaran peluru misil dari armada perang yang sedang bersedia di pesisiran.

Anak-anak Gaza mungkin menyangkakan semua kerlipan cahaya letupan datangnya dari upacara sambutan tahun baru oleh tentera-tentera Israel. Tapi mereka tersentak, apabila melihat kawan-kawan mereka tiba-tiba tercedera, malahan ada yang terbunuh. Sejurus selepas itu, baru mereka sedar bahawa Israel inginkan supaya anak-anak Gaza ini menyambut tahun baru 2009 dengan suasana yang mengerikan, bukannya kemeriahan.

Malam tadi, saat-saat akhir tahun 2008, adalah pengalaman yang paling dahsyat dan mengerikan penduduk Gaza. Hampir setiap saat butir-butir bom jatuh di atas rumah-rumah dan juga sasaran-sasaran lain yang telahpun diranapkan. Tidak kurang dari 10 orang terbunuh and ramai sekali yang tercedera. Antara tempat yang menjadi sasaran bom tentera Israel adalah Kementerian Perundangan, Kementerian Pendidikan dan Majlis Perundangan.

Pengeboman institusi-institusi tersebut lansung tidak ada kena-mengena dengan pemencilan Hamas mahupun melemahkan penentangan oleh rakyat Palestin. Mungkin tujuan sebenar Israel adalah untuk merealisasikan apa yang disebut oleh Setiausaha Amerika, Condoleezza Rice, sebagai “anarki yang kreatif” – suasana yang penuh huru-hara. Sesungguhnya Israel sentiasa mahukan penduduk Gaza hidup dalam keadaan tidak terurus. Mereka ┬ámahukan suasana kelam-kabut terus berkembang di Semenanjung Gaza. Mereka ingin musnahkan segala perundangan dan sistem kehakiman yang ada, dan menggantikannya dengan undang-undang rimba yang telah dilaksanakan sebelum Hamas berkuasa.

090101-habeeb-gazaSuasana kelam-kabut seperti itu akan menjadi lebih kekal dan berterusan lagi dengan membiarkan penduduk Gaza terus dalam kejahilan dan buta huruf. Mungkin inilah polisi sebenar mereka, untuk menghancurkan sistem pendidikan secara sistematik, meranapkan universiti, sekolah, malahan Kementerian Pendidikan. Sebagai kuasa penjajah, Israel menggunakan strategi ini untuk menguasai penduduk Palestin. Strategi yang sama diambil oleh mana-mana penjajah: pastikan mereka yang ingin ditindas terus berada dalam kejahilan, supaya mereka tidak dapat lagi memberontak.

Dakwaan Israel bahawa institusi-institusi tersebut digunakan sebagai pusat ketenteraan atau tempat berlindung, dan tempat-tempat mengeluarkan senjata adalah terlalu tidak munasabah dan tidak masuk akal sama sekali. Dakwaan-dakwaan mereka tidak ubah seperti dakwaan yang dibuat oleh Colin Powell ke atas Iraq untuk menghalalkan mereka menyerang dan menakluk Iraq.

Menimbunkan bahan buangan dan runtuhan-runtuhan di Semenanjung Gaza adalah satu lagi cara untuk penjajah ini membuktikan bahawa rakyat Palestin hanyalah golongan teroris yang tidak terurus, menggerunkan dan tidak boleh berfikir. Sebaliknya mereka ini harus dibelenggu dengan penaklukan, terus menerus tertekan dan tertindas, supaya mereka tidak akan lagi mengganggu mereka yang hidup di “Garden of Eden.” Apa yang harus dilakukan oleh rakyat Palestin untuk mengatasi penindasan seperti ini? Haruskan mereka terus dipejarakan di Gaza, sebuah kem kosentrasi yang terbesar di bumi ini? Haruskah mereka akur kepada kepungan ini, dan berdoa, “penjarakanlah kami, untuk memberi kami kebebasan”?

Apa yang berlaku di Gaza hari ini adalah merupakan satu malapetaka yang amat besar. Pemusnahan secara sistematik terhadap masjid-masjid, sekolah, universiti dan pembunuhan mereka yang tidak bersalah adalah satu jenayah perang. Mereka seharusnya dibawa ke muka pengadilan. Kami rakyat Palestin menghargai usaha yang dilakukan oleh mereka di luar sana, di dunia yang bertamaddun dan bebas, untuk memberhentikan pencerobohan ini, dan membawa penjenayah perang ke muka pengadilan di mahkamah antarabangsa. (ei)

Dr. Akram Habeeb
Penolong Professor
American Literature, Islamic University of Gaza.
1 January 2009

SHARE