Anas Jaradat tidak mendapat rawatan sejak dikurung berseorangan

RAMALLAH, 18 Jan 2016 (Samidoun) — Kesihatan tahanan Palestin Anas Jaradat, 36, semakin merosot apabila beliau tidak langsung mendapat rawatan sejak mula dikurung berseorangan di penjara Ashkelon sembilan bulan lalu.

Beliau mengidap masalah jangkitan hati dan demam kuning. Beliau pertama kali dikesan mengalami masalah jangkitan hati pada tahun 2009, namun tidak dimaklumkan tentang perkara tersebut dan tidak diberikan sebarang rawatan. Beliau hanya mengetahui tentang perkara tersebut pada bulan Mei 2016 apabila seorang doktor di penjara Megiddo bertanyakan beliau tentang penyakit tersebut.

Anas, yang berasal dari perkampungan Silat al-Herthiyeh di Jenin, melancarkan mogok lapar petang semalam bagi membantah tindakan pihak penjara mengabaikan rawatan beliau secara sengaja.

Anas diculik oleh tentera Zionis pada 11 Mei 2003 dan dijatuhkan 35 kali hukuman penjara seumur hidup dan tambahan selama 35 tahun lagi, kerana terlibat dengan pergerakan Jihad Islami serta merancang untuk menyerang kepentingan Zionis ketika Intifadah Kedua.

Keluarga Anas tidak dibenarkan melawat beliau sejak dua tahun lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts