Ancaman Pengangguran di Israel

Al Quds, Selasa, 24 Feb 2009.  Sebuah akhbar harian berbahasa Ibrani, Ma’arev hari ini, mengatakan bahawa situasi ekonomi di negara Yahudi itu memasuki period yang sangat buruk. Hari demi hari krisis ini bertambah parah. Banyak syarikat-syarikat swasta mula gulung tikar dan ada yang telah mengisytiharkan muflis.

Dalam berhadapan dengan krisis yang semakin mencengkam pasaran kerja di Israel, akhbar harian tersebut juga menyatakan terdapat 730 orang di-PHK di wilayah utara Israel, telah didaftarkan sebagai penganggur baru. Sedangkan majoriti mereka yang menetap di-PHK itu rata-rata sudah berkeluarga. Jarak antara mereka dengan garis kemiskinan begitu hampir sekali.”

Menurut akbar Ma’arev juga, terdapat 600 pekerja di perusahaan “Vakah Jalel” terancam di-PHK dan 140 lainnya diberhentikan secara paksa.

Sebelum dari laporan ini,  telah diberitakan bahawa lembaga Israel dari Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan telah mengumumkan bahawa sekitar 20 ribu pekerja kehilangan pekerjaannya di sepanjang bulan Januari lalu. Hal itu tercatat dalam laporan lembaga tersebut yang menunjukkan angka pengangguran di Israel meningkat mendadak. (AMR/IP)

[email_link] [print_link]

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts